PERATURAN UNTUK AHLI

  1. Kesemua ahli mestilah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berumur 18 tahun ke atas.

2. Hanya satu Akaun dan Keahlian untuk setiap orang.

3. Ahli-ahli mesti jujur mencari pasangan-pasangan sebagai Isteri atau Suami, berasaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ini bukan laman ‘dating’ untuk bersuka-ria.

4. Ahli-ahli yang mempromosi apa-apa jenayah, atau kelakuan yang tidak bermoral atau sopan, seperti dilarang dalam Islam, contohnya menjalankan aktiviti2 Pelacuran, Pornografi, mengambil atau mengedar Dadah, Seks bebas antara Ahli-ahli dll – akan dibatalkan Keahlian mereka dengan segera, selepas siasatan yang adil dijalankan, serta diberi Amaran-amaran oleh Pengurusan.

5. Setiap foto-foto yang dipamerkan di Akaun, dan cara bersembang (chat) – mesti sopan.

6. Mana-mana Ahli yang mempromosi sebarang Jenayah, yang melanggar Undang-undang Malaysia, termasuk Scam, Pelacuran, Pornografi, mengambil atau mengedar Dadah dll – akan dilapurkan kepada pihak Polis.

7. Setiap pertemuan peribadi antara Ahli-ahli adalah menjad tanggungjawap anda sendiri, untuk memastikan keselamatan ahli-ahli Muslimah, serta juga memastikan tiada Sindiket-sindiket Jenayah cuba merekrut atau memerangkap sesiapa. Tolong juga pastikan Ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan anda tahu tentang pertemuan-pertemuan peribadi ini, yang mesti diadakan di tempat-tempat awam yang sibuk.

8. Ahli-ahli lelaki tidak dibenarkan menggangu secara seksual, membuli atau menggugut mana-mana Ahli Muslimah – dan sekiranya Aduan-aduan diterima, maka akan disiasat oleh Pengurusan, dan Keahlian lelaki tersebut akan dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

9. Oleh kerana Islam membenarkan Poligami, maka bisnes kami tidak menghalang – tetapi Ahli-ahli lelaki mesti mengumumkan, sewaktu Pendaftaran dan di dalam Profil mereka, akan status perkahwinan mereka yang sebenar dan hasrat mereka untuk mengamalkan Poligami.

Scroll to Top